Lye Yng Shin’s Blog

Sejarah blog all about Tamadun Mesir.

Tamadun Mesir Purba berkembang daripada petempatan awal pada Zaman Neolitik, iaitu antara tahun 10 000 S.M. hingga 5000 S.M.. Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta serta di bahagian pertengahan Mesir ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Tamadun Mesir Purba ini dapat dibahagikan kepada empat.

Zaman Awal- Kerangka Masa 3100-2200 S.M.
Zaman Pertengahan -Kerangka Masa 2040-1785 S.M.
Zaman Empayar- Kerangka Masa 1570-1085 S.M.
Zaman Keruntuhan- Kerangka Masa 1085-322 S.M.

Tempoh peralihan antara keruntuhan sesebuah kerajaan dengan penubuhan kerajaan baru adalah lama. Selepas melalui masa kegemilangannya pada Zaman Empayar, tamadun Mesir Purba telah mengalami zaman kejatuhannya apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya ( 1100- 947 S.M.), Kush ( 730-670 S.M.), Assyria ( 663-609 S.M.), Parsi (525 S.M.), Yunani (332-30 S.M.), dan akhirnya Rom pada tahun 30 S.M..

Posted in Sejarah, Students' Blog | No Comments »

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.