Lye Yng Shin’s Blog

Sejarah blog all about Tamadun Mesir.

Manusia yang mendiami Lembah Nil telah pun mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun 5000 S.M.. Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian. Daya cipta ini membolehkan manusia yang mendiami lembah ini membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan lagi nilai kesuburan tanah. Hal ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian.

Petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil ini berkembang mnejadi perkampungah. Gabungan kampung-kampung ini telah mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah. Kesemua nome ini kemudian telah disatukan dengan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran. Contohnya bandar Thinis, Memphis dan Thebes.

Posted in Sejarah, Students' Blog | No Comments »

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.